Rakan-rakan,
Bagaimana kalau semester baru yang kita nanti-nantikan terpaksa disambut dengan 'tragedi bilik berpusing-pusing', duit pinjaman pelajaran yang belum jumpa jalan kebenaran, yakni akaun Bank Islam kesayangan, dan juga batuk dan demam yang melecehkan?
Saya begitu menantikan kehadiran semester baru ini. Saya sangat teruja untuk memulakan tugasan-tugasan menyeronokkan yang menanti saya dan rakan-rakan sekumpulan walaupun ramai yang berpendapat bahawa semester ke-5 ini adalah semester yang paling 'gila' dan 'neraka'.
Adakah kita semua memiliki pilihan untuk meraih segulung diploma tanpa menempuh semester penuh 'kegilaan' dan 'kenerakaan' ini? Marilah kita bersama-sama pasrah dan relakan hati. Kalau hati sudah senang dan tenang, kita pasti dapat menjalankan semua tugasan tersebut dengan penuh keseronokkan! Wah!
Saya tidak pasti jika saya menulis posting ini dalam keadaan penuh sedar, sebab demam yang baru kebah 8 jam lepas telah kembali menyerang. Sesungguhnya, saya ini sedang memujuk hati, rakan-rakan.
Saat-saat sakit begini, saya teringin benar memiliki kuasa untuk membuat pilihan atas mana-mana alasan yang berkenan di hati; untuk saya tidak demam dan boleh menikmati Teh O Ais Amirah Tom Yam tanpa pantang dan ragu-ragu, untuk saya boleh membeli-belah baju-baju menarik dan PSP merah yang telah terlalu lama saya impi, untuk saya mampu lari dari debaran Unit Kolej yang memburu para senior yang 'baik hati' menukarkan junior kesayangan ke bilik yang lebih cocok dengan personaliti, dan untuk saya berdiri, gagah dan macho ke bilik air, mandi tanpa rasa sakit kepala, riang dan gembira.
Saya sedang menunggu 17 Julai. Sekurang-kurangnya, itulah tarikh yang dinyatakan dengan yakin oleh Puan Pengurus Pinjaman Pelajaran ketika saya menanyakan khabar wang-wang kesayangan pagi tadi. Ya, saya ada intuisi jahat yang berkata bahawa puan itu sekadar mencari satu tempoh menarik yang genap seminggu untuk melarikan diri dari senarai panjang soalan-soalan susulan yang bakal terbit dari mulut saya sekiranya dia tidak berjaya mencari tarikh hakiki untuk pinjaman tersebut menemui jalan kebenaran.
Mari kita ucapkan selamat untuk diri sendiri! Semoga kita berjaya menjadikan semester ini satu lagi semester yang penuh indah dan hebat!
.jpg)
1 yang lebih realistik:
demam jugak ke ok?
i 42degreeess please last two days
mcm nak pengsan sajor,
but now im recovering aminnnn
eyhh u take care!
Post a Comment